Kayuhan Satu Senyuman
– Mengubah Destini Anak Bangsa adalah sebuah program berbasikal yang dianjurkan
oleh Yayasan Budiman UiTM (YBUiTM) dengan kerjasama Pejabat Jaringan Industri,
Masyarakat dan Alumni. Program ini bertujuan untuk menambah dana Tabung Yayasan Budiman UiTM dan Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di samping mengeratkan silaturrahim antara warga UiTM, alumni dan komuniti setempat.
Program
ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan
Kumpulan Media Karangkraf sebagai rakan media. Kayuhan Satu Senyuman adalah
sebuah program berbasikal yang berkonsepkan Fun
Ride dimana terbuka kepada umum yang berumur 13 tahun dan keatas. Setiap
penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 seorang dan peserta akan
mendapat t-shirt, roti dan air sebelum memulakan kayuhan manakala penyertaaan
adalah terhad kepada 500 orang.
Bersesuaian dengan konsep program ini iaitu Fun Ride,
laluan yang ditetapkan adalah sejauh 25km iaitu bermula dan tamat di Padang Kawad UiTM, Shah Alam.
Disamping itu, terdapat aktiviti sampingan bertempat di Padang Kawad UiTM Shah
Alam dan gerai – gerai jualan aksesori basikal. Cabutan bertuah juga disediakan untuk setiap penyertaan.
"Berkayuh Sambil Menyumbang"
Tempat mula dan tamat yg berbeza. Peserta nak parking kereta di mana? Kalau parking di Karangkraf, lepas tamat peserta kena berkayuh balik ke Karangkraf? Lucky draw buat di mana? Macam mana peserta yg dapat hadiah lucky draw nak bawa hadiah dgn mengayuh basikal dari UiTM ke Karangkraf?
ReplyDeleteSaya rasa pihak MBSA mempunyai pengalaman menganjurkan activiti berbasikal sebelum ini
ReplyDeleteseperti "Kayuhan Bersih", mula di sect 4 dan Tamat di Sect 4 juga, daripada pengalaman ini
MBSA patut lebih prihatin dengan laluan yg di cadangkan ini, bagi pihak kami laluan ini tak
relevent dan boleh membahayakan keselamatan rider. Masa acara semakin hampir tapi tiada
jawab balas dari pihak penganjur., kami harapkan agar pihak penganjur dapat memberi maklum
balas kepada kami. sekian terima kasih
Terima kasih di atas komen dan cadangan. Pihak kami mengambil maklum dan akan membincangkan di dalam mensyuarat yang terdekat ini.
ReplyDeleteharap dapat share gambar [rogram kayuhan supaya dapat dimuat turun oleh peserta sbg koleksi dan kenangan. terima kasih
ReplyDelete